BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 12, 2012

Never Give up !! That's y KPU 5 is AWESOME !!!

Assalammualaikum...

      Kali ni aku nak pahatkan kenangan waktu aku form 6 dulu kat dalam blog aku nih... Muahaha. Selepas SPM, aku dengan penuh harapan berdoa nak masuk UiTM or maktab la utk further impian aku jadi cikgu bahasa inggeris... Tapi mgkin x da rezeki aku terpaksa masuk lower 6 or pada waktu tuh dah dikenali sbgai Kelas Persediaan Universiti Junior a.k.a KPUJ. Asalnya, aku ambik jurusan sains and memang aku nekad nak study sungguh2 punya sbb nk buktikan kat mak aku yang aku boleh ( mak aku cakap aku x boleh bawak course ni ). Tapi bila semua classmate aku nak tukar course, x kan aku sorang nak cangak g ambik course sains so nak x nak aku terpaksa ambik course sastera. Tapi pelik la plak, nama course sastera tp x blajar subjek sastera, blajar sejarah ngan ekonomi plak. Er... Whatever la... Meanwhile, classmate aku yg asalnya ada 27 org tinggal 13 org je last2 skali? WTF!!?? Classmate yg lain smua dah kluar gi poli and IPTS... ada yg g matrik. So, sepanjang tahun 2009 tu aku study la ngan 13 org classmate aku ni ( 6 laki and 7 pompuan ) dalam kelas paling hujung skali, KPUJ 5.

asalnya 13... 6 lelaki and 7 perempuan.



    
      Ok la, bila masuk tahun 2010 banyak benda yg jadi dalam kelas KPUS 5 ni... anyway bg yg x tau, KPUS maksudnya Kelas Persediaan Universiti Senior. Waaa,,, sekarg dah senior. hehe. Tapi senior2 pun, kelas last jugak. X pernah seumo hidup aku dok kelas last, tiba2 masuk KPU aku dapat kelas last. Memang tuuuuut btol la. Tapi kegembiraan aku sepanjang study form 6 ni boleh kata hampir2 musnah la bila 4 org lagi classmate aku memilih utk keluar dr KPU and pegi ke kolej and maktab. So skrg tggal la 3 orang lelaki dan 6 orang pompuan dalam KPUS 5. Dah la tinggal 9 org ja, menuju penghujung tahun ( which means dah dekat ngan STPM ), kami x diberikan kelas. Well, ini la sebenarnya punca aku bangun balik dalam pelajaran sbenarnya ( in my opinion la ).

      Apa perasaan korang kalo cikgu x kasi kelas kat korang? mesti sedih kan? mcm tu la yg aku ngan member2 aku rasa. Kelas2 persediaan yang lain smuanya ada kelas tp tiba2 kami x da kelas? Ai mentang2 la kelas kami kelas last, diabaikan la eh? x adil btol la. Tapi luckily ada Cikgu Ishak.. Dia ni cikgu ekonomi aku and dia la penyelamat kami, dia bagi kami tinggal kat bilik menjahit sampai la  STPM. so nearly 2 bulan jugak la kami merempat kat bilik menjahit tu. Selain tu, memandangkan aku Ketua Pengawas time tu so aku pn ambik kesempatan guna bilik pengawas kalo aku bosan...bosan woo sbnrnya kalo masuk KPU ni sbb most of the time kitorg study sndiri... cikgu jrg masuk kelas ( tapi awat kelas lain depa rajin masuk ? )... anyway kalo x bilik pengawas aku lepak dalam bilik Gemersik ( bilik majalah skolah ), tolong2 sikit cikgu siapkan majalah skolah... hehe... x lupa jugak nak gtau dulu aku kartunis majalah skolah aku. Selain cikgu ishak, cikgu perpustakaan iaitu cikgu zainab omar pown byk tolong kami bila dia bagi kami guna library all the time. so kpd dua cikgu ni, gracias aku ucapkan... Tanpa cikgu2 ni memang merempat la kami.


tengah pulun study kat library... rajin sungguh aku time nih

kira-kira ekonomi... subjek killer aku.


      Bukan je kami x dak kelas tapi sebenarnya cikgu2 pun jarang masuk kelas kami. Mentang-mentang la kelas kami 9 org ja, diorg x nak masuk mengajar... sob3...Betapa sedihnya hati kami sebab rasa terabai time tu, kami yang laki ni relax ja tapi budak2 pompuan mcm agak terasa la... tapi yg hebatnya diorang x give up, instead diorg pulun study hari2. Wooo... seriously aku respect ngan classmate2 pompuan aku ni. Selepas bermacam dugaan akhirnya STPM habis jua, so yg tinggal juz result je la kan. Sepanjg menunggu kluar result, aku rasa mcm nak fail je smua subjek sebab kurg study. Tapi korang nak tau x? Once result dah kluar, memang kitorang smua terkejut..!!! Daripada 9 org student kelas KPUS 5 yang terpinggir dan terabai tu, 8 orang dapat top 25 best student dengan salah sorang drpd classmate aku dpt best student bukan je utk skolah kami but untuk seluruh daerah... WOW!!! Awesome right?? Walopown kami smua mcm diabaikan oleh cikgu2 tapi kami berjaya jugak... and alhamdulillah smuanya berjaya masuk U kecuali sorang yg melanjutkan pelajaran di SPA. but still, everyone of us did a great job and have a bright future ahead of ourselves ( I believe ).

     Itulah serba sedikit pengalaman waktu form 6 dulu or KPU dulu.... Kami berjaya membuktikan walaupun kurang diberi perhatian dan wujudnya diskriminasi sket, kami tetap berjaya. So kepada korang yg membaca tuh,,, never give up k kalo ada kekurangan sbb as long as kita berusaha, insyaallah kita akan berjaya. Well, that's all for now... see yaa.

KPUS 5 yg berjaya mengharungi STPM dgn jayanya,,, YEAAYYY!!!

0 comments: